Sunday, July 3, 2011

Siapa cakap Lisa Surihani dengan Yusry??Lisa dengan Shaheizy Sam larrrrr!!

xder2,,bukan dengan Yusry okayyyyy!!!

tengok2,,kan betul dengan Sam,,,sweet jerrr,,

sebenarnya tu hubungan dalam Sekali Lagi Cinta,,dah tengok!!!hehehe,,ni sinopsis dulu yerrrr,.

Sinopsis SEKALI LAGI : menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.
Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.

Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya.
Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.

Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.


Review aku lak,,cerita tu memang best sesangat,,sampai korang tak suka lar lisa & yusry,,,nak jugak lisa dengan Sam,,& Mia,,Comel giler okayy,,Pandai betol giler berlakon,,part2 yang keluar air mata,,,ending,mmg takkan expect wey,,best-best,,xrugi tengok,,tengoklar-tengoklarrrr!!haha

p/s:sebenarnya aku tak kisah pon pasal lisa & yusry,,kalau betol jodoh diorang,,Alhamdulillah,moga berpanjangan hingga anak cucu,,,kalau betol jodoh aku dengan Sam lagi Alhamdulillah,,hehehe,,tapi harapan la kannn,,,

No comments: