Monday, April 25, 2011

Perangai Celaka- depan manis,belakang najis

susah kita nak tahu perangai orang ni,yelar,macam-macam ragam,susah kita nak jangka,,apa yang dikatakan di mulut,maybe tak sama di hati,,banyak jenis orang yang aku annoying,,manusia-manusia macam ni,kita nak kawan boleh,,tapi jangan rapat sangat,,bawa bala kat diri sendiri jer,,

PERTAMA.depan manis,belakang macam najis
aku pernah berada dalam situasi ni,aku ada lar member kepada member,&& aku tak pernah anggap pon dia ni member aku,sebab aku tak suka dengan perangai dia yang asyik nak mengutuk orang je,,tapi masalahnya,,depan orang yang dia kutuk,gila-gila kaw manis,,kawan yang kena kutuk pulak,tak tau apa-apa lar,,pernah sekali tu,masa aku ondaway nak gi kelas,terserampak lar si-manis-depan-belakang-najis,,

mulutPuaka: eh,dah takder kelas ker?
aku : ondaway lar ni

tiba-tiba ada lar 1 makhluk Allah tu lalu,

mulutPuaka: hai ina(bukan nama sebenar),,nak gi kelas ker?(gila kaw-kaw lembut lar)
ina: a'ah,ko?(siap salam lagi)
mulutPuaka: aku takder,selamat belajar lar yer(senyum kemain)

pastu,kelibat si ina tu tak hilang lagi,terus dia cakap

mulutPuaka :nampak jer baik kan,tapi gedik gila kot,,dahla suka pinjam barang orang,kelaka kan,tudung dia tak match langsung ngan baju dia...(see,memang mulutPuaka)

aku tak senyap jer,aku terus lar cakap "lantak dia lar wey,janji dia tak kacau hidup kita,ko cakap belakang macam ni bukan dapat faedah,lagi bagi pahala ada lar",,aku cakap lembut-lembut,,yelar,,kita nak menegur jangan kasar,tapi pedas sikit,,biar terasa,,tapi mulutPuaka tu boleh pulak jawab

mulutPuaka: biarlah,biar banyak sikit pahala dia tu,,dah banyak sangat kumpul dosa,,,hhahahaha(gelak kot)

WHAT THE !!memang masa tu aku sabar jer,,,lantak lar,orang macam tu,malas nak buat kawan,,sekarang aku kalau jumpa,just hai-hai,bai-bai jer,,,

korang ada kawan macam ni?haha,,kesian-kesian,,tolong lar bawak dia kejalan yang benar yer,,,
pada yang ada perangai macam ni,ubah-ubah lar,,,BURUK sangat,,,orang cakap,1 jari kita tunding kat orang,ada lagi 4 jari yang duk tunding balik kat kita,,faham-faham yerrr,,

haaaa,,ada  lagi orang yang aku jumpa,punya lar baik,kamceng gila dengan minah-yang-tak-buat-salah-kat-dia,,then pergi kutuk minah tu dekat boyfriend && kawan-kawan lain,,ni jenis NAJIS punya kawan...sila jauhi jenis-jenis macam ni,BERBAHAYA..

banyak sangat aku taip,,haha,,perangai celaka lain,next time,,sekian :)

Assalamualaikum :)

Attitude budak Af9-Macam hampeh jer


sila skip yang depan2,terus jump kat 03.11
nampak tak?dah tengok?
ada hati nak undi diorang lagi?dahlar semua melayu,yang sabah sarawak tu tak tau lar pulak kan,,
tapi,memalukan kot,,ingat baik sangat lar merendah2 kan orang,,hisssshh,,kenapa lar ada jugak perangai macam ni,,diorang ni tak pikir ke,yang apa iorang cakap & buat kat Af tu,semua orang tengok,,atleast berlakon lar sikit,,ni dah macam bangga je kan,,merendah2kan orang,tidur toilet lar..malu lak nak menengoknya,,antara banyak2 musim,ni paling KEREK && HAMPEH!!

minit 15.50,,tengoklah si kakak cakap pasal apa tentang si adikkk,,bagus lar sesangat.


apa kata Fatin Liyana tentang Maria Elena?


haha, actually,baru tahu yang bf maria elena tu abang fatin liyana,,what a small world!
terus stalker blog fatin liyana then nampak entry ni,
fatin liyana,maria elena,,semua cantikkkk kot!
abang fatin liyana & bf maria elena,
tak yah cakap la kan,,memang idaman setiap wanita,cehhh,tapi melepas,,haha




Saturday, April 23, 2011

memang Confirm lar Adira && Hafiz!

ari tu,kakak ipar aku keluar,then ternampak lar adira && hafiz keluar dating,,tapi bukan berdua lar,,,ada akim sekali,,tapi macam nampak lar diorang ni ada something,,tapi,tak ada lar pulak cerita dari media-media,but then,hafiz sendiri yang dedahkan sendiri hubungan dia && adira,,semata-mata nak bersihkan nama adira,yang dikatakan ada hubungan sejenis.hishhhh,,macam xder kerja nak tuduh orang macam2.


hafiz dan adira bercinta


Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami.Malah, ketika Adira ‘diserang’ gosip yang mendakwanya menjalin hubungansongsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar danmasih mampu mengunci mulut. Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan. Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira dimata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya.


hehe,,baru couple 5 bulannn,,sweet  jer :)

Sunday, April 17, 2011

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Kena SAMAN!


Hari tu Tan Sri Musa dijemput untuk bagi Talk Kan UiTM,
&& keretannya disaman oleh pegawai Keselamatan kat Sana,,

memang dah kecoh lar kan,kesian kat Pak Guard tu kan,,bukan apa,,kadang2 tak puas hati dengan pakGUard UiTM ni,,memang hantu saman,,,kesian kat student2,,tu lar,,lain kali provide lar tempat parking besar sikit,,tak kesian ke kat student,,dah lar xder tempat parking,,pastu kena saman,,

hahaha,,xleh bayang reaksi Tan Sri Musa,bila kena saman,,haha